Posts

Selamat Tinggal Dalila....

Image
Majlis meraikan mantan PT W 17 PKPDHL Dalila Saidah Bt Ahmad yang telah bertukar ke Bahagian Amalan Perubatan, KKM Putrajaya berkuatkuasa November  2017. Selamat bertugas di tempat baru dan selamat maju jaya dalam kerjaya walau dimana anda berada. Kenang PKPDHL dalam memorimu....

SEKALUNG BUDI,LAMBAIAN KASIH (PPD & PESARA 2017 )

Image
Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih  adalah sebagai apreasasi bagi meraikan 2 penjawat PKPDHL yang akan dan telah  bersara pada 2017 iaitu  Datin Dr Sabariah Bt Abdullah & En Shalehudin Bin Kassim @ Mohd Kassim. Juga meraikan Mantan Pegawai Pergigian Daerah Hulu Langat iaitu Dr Muhamad Bin Mahadi yang telah bertukar ke JKN Melaka. SALAM PERPISAHAN UNTUK KALIAN…. Kasih disemai bakti dituai, Senyuman tersirat manis di bibir,   Manjadi ingatan setiap waktu... Tanda kemesraan bersimpul padu, KenangKU  di dalam doa MU Semoga TUHAN berkatiMU…... JASAMU DIKENANG, BUDIMU TAK TERBILANG, SEMANGATMU DUJULANG, KEPIMPINANMU TERBILANG ….

Kursus dan "Hands On" Endodontic dan Fixed Prostodontic

Image
Bertempat di Klinik Pergigian Bandar Seri Putra (KPBSP) bertarikh 13 dan 14 Mac 2017. Kursus dianjurkan oleh Unit Restoratif KP BSP dan Unit Latihan PKPDHL. Peserta-peserta terdiri daripada Pegawai Pergigian di PKPDHL. Semoga ilmu yang diterima dapat dipraktikkan dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kelak. Penceramah dan urusetia kursus Pegawai khusyuk mendengar ceramah Sesi praktikal

Perhimpunan Tahunan 2017

Image
Bertempat di Auditorium Hospital Serdang pada 4 Mac 2017 (Sabtu) Perhimpunan Tahunan yang diadakan ini bersekali dengan Mesyuarat Agong Kelab Kebajikan dan Sukan PKPDHL pada sebelah tengahari dan Slot Motivasi pada sesi petang. Pada akhir sesi diadakan Majlis Penyampaian Hadiah untuk Pertandingan Video Budaya Korporat Terbaik, Ikon Budaya Korporat dan Klinik Cemerlang (Menjawab panggilan telefon). Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan cuba lagi kepada yang lain-lain. Kepada AJK Perhimpunan Tahunan 2017  ini yang terdiri daripada AJK Kelab Kebajikan dan Sukan, AJK Budaya Korporat dan staf pejabat, terima kasih diucapkan diatas pelaksanaan program tersebut. AJK Teknikal semasa sesi raptai Test suara MC... Pembaca doa AJK yang terlibat semasa raptai Nyanian lagu Negaraku Mengetuai Ikrar Budaya Korporat Orang kuat teknikal Pembentangan Hala Tuju Promosi 2017 Ucaptama PPD Pembentangan Pencapaian Program 2016

Kalibrasi GIS dan Karies

Image
Bertempat di Surau SMK Jalan 2 Bandar Baru Bangi pada 7 dan 8 Mac 2017. Program kalibrasi merupakan program wajib saban tahun bagi penjawat baru dan lantikan baru terutamanya Pegawai Pergigian dan Juruterapi Pergigian. Syabas diucapkan kepada Penyelaras iaitu Dr Munirah Paiizi dan Dr Siti Nur Baiduri Bt Mohd Jaini serta urusetia program kalibrasi 2017. Tidak dilupakan kepada adik-adik pelajar  dan pihak Sekolah SMK Jalan 2 Bandar Baru Bangi di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang program berjalan. Adik-adik pelajar SMK Jalan 2 yang sangat bekerjasama. Sesi kalibrasi bermula bagi kumpulan 1 Stesyen seterusnya.... Tengok betul-betul.... Berehat seketika sambil bergambar Penyelaras Karies dan GIS Sesi bergambar bagi kumpulan 1 kalibrasi 2017 Salam Budaya Korporat sikit..... Alamak, banyak nye yang salah........ Mandat dari PPD untuk menyuntik semangat peserta Sesi bergambar peserta kalibrasi kumpulan 2