Posts

Showing posts from May, 2015

Farewell sana sini......

Image
Lumrah kehidupan.. Ada yang datang dan ada yang pergi..Silih berganti....Begitulah jua bagi penjawat di PKPDHL..Ada yang bertukar keluar, ada yang bertukar kerana dinaikkan pangkat, ada yang bersara, pergi melanjutkan pelajaran dan cuti tanpa gaji dalam tempoh masa yang panjang. Berikut adalah senario majlis jamuan perpisahan di klinik-klinik di sekitar daerah Hulu Langat untuk kenangan bersama. Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan Intailah kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan.. Majlis Perpisahan untuk Pemandu Suhaimi Majlis Perpisahan untuk Pemandu Junaidi Majlis Perpisahan PPP Afendi   Majlis Perpisahan Dr Vishala Retna Majlis Perpisahan PPP Izuwan Majlis Perpisahan untuk Pemandu Fazlie di KP Kajang

Untukku dan untukmu jua....Bekalan kita ke SANA....

Image
Salam Jumaat...Hari yang penuh Barokah...Penghulu segala hari.... Dalam kesibukan kita menjalankan tugas seharian sebagai pekerja.... Sedikit coretan dipetik dan diringkaskan daripada blog shafiqolbu.wordpress. Keutamaan hari Jumaat...... Setiap hari dalam islam mempunyai kelebihan masing-masing. Di antara 7 hari yang ada dalam seminggu itu juga, kaum Yahudi berbangga dengan hari Sabtunya, dan penganut Kristian pula meraikan hari Ahadnya. Maka umat islam sudah tentu memiliki hari kebesarannya tersendiri dan amat menghargai dengan kemuliaan hari Jumaat sebagai Penghulu Segala Hari. Sebagaimana Allah SWT telah menjadikan Kota Makkah dan Madinah sebagai Kota Suci; menjadikan Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa sebagai masjid paling utama; menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan yang paling mulia di antara bulan-bulan lainnya, menjadikan malam Lailatul Qadar sebagai malam seribu bulan; menjadikan sepertiga malam sebagai waktu paling berkesan untuk mendekatka

Artis-artis Hulu Langat...Bikin orang Putrajaya Panas!!!!!

Image
28 Jun 2015, Bilik Mesyuarat PKPDHL Lawatan daripada Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian (Unit Penggalakan Kesihatan Pergigian) KKM , Dr Shahrulail  Sujak dan beberapa Pegawai Pergigian bertujuan untuk melihat perkembangan aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian yang sedang dijalankan di PKPDHL. Kami diberi misi daripada KKM untuk mengisi slot pentas bersempena  Hari Penderma Darah Peringkat kebangsaan di Taman Tasik Titiwangsa pada 14 Jun 2015. Ha....Ternyanga orang Putrajaya tengok artis-artis kami....Terima kasih kepada Dr Shahrul dan pasukan atas bimbingan, dorongan dan sokongan yang padu...

Chop...Iklan lagi...

Image
Aktiviti menarik Kelab kebajikan dan Sukan PKPDHL sepanjang Jun 2015 Kepada warga PKPDHL samada ahli kelab atau tidak dialu-alukan untuk menyertai program menarik sepanjang Jun 2015.  Jom sertai kami.................................... 1. Kelas Menjahit Shawl Semi Instant pada 6 Jun 2015  2. Ceramah Ramadhan Al-Mubarak dan Tahlil pada 12 Jun 2015

Salam perpisahan... Berbahagialah dikau di Putrajaya...

Image
2 8 Mei 2015 bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam Majlis Perpisahan untuk TPKN (Pergigian) Negeri Selangor, Dr Nomah Bt Taharim. Salam perpisahan dari warga PKPDHL. Doa kami moga penghijrahan Dr Nomah akan membawa seribu rahmat bagi beliau. Selamat Maju Jaya... Untuk makluman semua Dr Nomah Taharim akan bertukar ke Bahagian Kesihatan Pergigian KKM,Putrajaya bermula 1 Jun 2015.

Info kursus.....Rancang cuti anda dengan bijak!

25 Mei 2015 dari  Meja pengarang blog Salam Sihat dan Senyum kepada semua warga PKPDHL. Salam pagi isnin yang ceria..  Semoga anda memulakan tugas pada hari ini dengan bertenaga dan bersemangat.. Musim sekolah kembali lagi (30 Mei hingga14 Jun 2015)...  Sebagaimana sedia maklum, bagi penjawat awam yang mempunyai anak yang bersekolah, inilah masanya peluang keemasan untuk kita sama-sama bercuti dan bersama keluarga. Walaubagaimanapun, jangan dilupa dengan tugas-tugas yang perlu diselesaikan sebelum bercuti.. Pastikan ada pengganti, pastikan ianya tidak menggangu perkhidmatan dan jangan dilupakan juga keperluan latihan masing-masing. Bagi yang telah dicalonkan untuk hadir mana-mana kursus, mohon bersedia...Jangan disaat-saat akhir perlu cari pengganti pula... Berikut adalah sedikit info untuk kursus-kursus yang akan berlangsung sempena cuti sekolah... 1. 1 hingga 3 Jun 2015 :       Kursus Pengurusan Rekod Kerajaan di Auditorium Hospital Serdang 2.  2 Jun 2015 :      Kursus

Sihat membawa rahmat. Bukit Broga kami datang......

Image
23 Mei 2015;  Bukit Broga Salam Sihat dan Senyum  pada semua pembaca blog ini... Coretan pada hari ini adalah berkenaan Aktiviti Sihat Anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan PKPDHL iaitu pendakian Bukit Broga.  Peserta pendakian kami mula berkumpul seawal 7.00 pagi. Seramai 27  orang yang terdiri dari warga PKPDHL dan keluarga  telah menyertai aktiviti sihat ini.  Syabas kepada semua.. Sedikit info berkenaan Bukit Broga.  Ia terletak di Bahagian  Timur Pekan Semenyih sejauh 4 Kilometer ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari aras laut. Kini ia menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian. Ia juga menjadi lokasi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Selain itu Bukit Broga juga merupakan awal pendakian untuk mendaki Gunung Tok wan. Peserta pendakian Bukit Broga Pegawai-peg

Intai-intai Inovasi di KLCC

Image
22 Mei 2015 bertempat di National Innovation Conference and Exhibition, KLLL Seramai 5 ahli pasukan Inovasi PKPDHL telah melawat ke booth-booth bagi   Pertandingan Inovasi Negara (kategori produk). Harapan saya selaku penyelaras kualiti agar pasukan kita akan dapat mencetuskan ilham dan idea-idea dari produk inovasi yang dipertandingkan ini. Dan semoga ia jua dapat menyuntik semangat mereka dalam menghasilkan produk yang dapat membantu dalam perkhidmatan pergigian kelak.. Kami di sini Satu-satunya projek pergigian Khemah untuk bencana Mesin lesung Solar grass cutter

Aksi di studio ....Artis Boneka Hulu Langat

Image
21 Mei 2015 Aksi artis-artis Boneka Hulu Langat bila berada di studio. Seronok pun ada kelakar pun ada.. Nak pecah perut Dr Aira dan Sis Jay kat belakang studio.. Tapi yang pasti Dr Munirah memang mantop.....Kalah Dato Yusoff Haslam tau...Pengarah Boneka amatur la katakan... Bersama editor muzik Team yang mantap dan bersemangat 1,2,3 Action........Cut.......Ulang lagi..... Orang kuat belakang tabir....