Info kursus.....Rancang cuti anda dengan bijak!


25 Mei 2015 dari  Meja pengarang blog

Salam Sihat dan Senyum kepada semua warga PKPDHL. Salam pagi isnin yang ceria.. Semoga anda memulakan tugas pada hari ini dengan bertenaga dan bersemangat..

Musim sekolah kembali lagi (30 Mei hingga14 Jun 2015)... 
Sebagaimana sedia maklum, bagi penjawat awam yang mempunyai anak yang bersekolah, inilah masanya peluang keemasan untuk kita sama-sama bercuti dan bersama keluarga. Walaubagaimanapun, jangan dilupa dengan tugas-tugas yang perlu diselesaikan sebelum bercuti.. Pastikan ada pengganti, pastikan ianya tidak menggangu perkhidmatan dan jangan dilupakan juga keperluan latihan masing-masing. Bagi yang telah dicalonkan untuk hadir mana-mana kursus, mohon bersedia...Jangan disaat-saat akhir perlu cari pengganti pula...

Berikut adalah sedikit info untuk kursus-kursus yang akan berlangsung sempena cuti sekolah...

1. 1 hingga 3 Jun 2015 : 
     Kursus Pengurusan Rekod Kerajaan di Auditorium Hospital Serdang

2.  2 Jun 2015 :
     Kursus Pemantapan Pemandu Anjuran PKPDHL di Bilik Mesyuarat PKPDHL

3.  4 Jun 2015 
     Seminar PKP kepada semua JP Daerah Hulu Langat

4. 5 hingga 7 Jun 2015 :
    Program Transformasi Negara Anjuran BTN, Jabatan Perdana Menteri
    di Kem Bina Negara, Tanjung Rhu Sepang

5. 8 hingga 10 Jun 2015 :
    Kursus Pegawai Penguatkuasa Anjuran BKP KKM
    di Kuala Lumpur

6. 11 Jun 2015
     Kursus Management Of Paediatric Cases at Primary Care Level
     Anjuran Klinik Pakar Paediatrik 

7.  12 hingga 14 Jun 2015
     MIDEC di KLCC

8.   16 Jun 2015
       Kursus JKKP anjuran PKPDHL di Bilik Mesyuarat PKPDHL


SELAMAT BERKURSUS......RANCANGLAH  CUTI DENGAN BIJAK!
      

Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar PPD, Pakar, PPYM dan staff pejabat

"My Big Family"

Dari "FYDO", "BUDDY" dan sekarang "NDO".......