"My Big Family"


Kenali secara ringkas Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat      

Kami salah sebuah daripada 9 daerah dalam negeri selangor. Terletak di dalam kawasan Lembah Kelang, ke 3 terbesar dari segi keluasan, ke 2 teramai dari segi bilangan penduduknya dan bersebelahan dengan Pusat Pentadbiran Persekutuan, Putrajaya. Semestinya menjadi tumpuan pesakit dari kawasan sekitar.


Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat
Pejabat Pentadbiran Perkhidmatan Pergigian Daerah Hulu Langat terletak di Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko mulai bulan Oktober 2010. Sebelum ini Pejabat kami terletak di Sek 3  Klinik Pergigian Bandar Baru Bangi. Berfungsi sebagai pusat pentadbir dan menguruskan  hal-ehwal perkhidmatan pergigian Daerah Hulu Langat, menguruskan  kewangan daerah dan menguruskan pengembangan sumber manusia dan latihan Pendidikan   Jarak Jauh (PJJ). Diketuai oleh Pegawai Pergigian Daerah  iatu Dr Muhamad Bin Mahadi. Mengawal selia seramai 208 penjawat daripada pelbagai kategori klinikal, pentadbiran dan bukan klinikal. 
Jom kenali keluarga besar kami....
Kami mulakan dengan penjawat di Pejabat Pergigian Daerah..


Inilah boss kami..Pegawai Pergigian Daerah U54.
Dr Muhamad Bin Mahadi.
Tak suka dipanggil Boss.
Lebih selesa dipanggil Dr Mat.. 
Sukakan sesuatu yang kemas, damai dan sesuatu cabaran...

Pegawai Pergigian U52 di Pejabat, Dr Rosmaria Deraman. 
Nama pendek Dr Ros.
 Jolokan  PA Dr Mat oleh PPD Selangor. 
Mengendalikan program latihan dan kualiti daerah.
My Three  no 1 Boss

Pegawai Pergigian U48 , Dr Aira Syazleen Ahmad.
Penerbit boneka Hulu Langat dan cikgu kepada 20 orang DSA Pelatih.
Erm..Specialist in bakery... 
My Three no 2 Boss

Ni dia Penyelia Jururawat Pergigian  U36 kami. 
Diberi gelaran Mak Bendahara Daerah...
Maintain awet muda gitu ... 
Nak dapatkan rahsia awet muda tanyalah yang pakar....
(harap-harap gambar ni tak diedit...)

My Three no 3 Boss 

 Ini pula Puan Erma Yulis Muhamad Yusop
                                                                   JTK U32
                                         Boss Stor Bahan dan Boss Aset Daerah
                                                       Always cool and steady...

                                                Ala-ala  actress Los Angeles gitu..
                                                  Inilah KUP Paremeswari Lingam..
                                                      Jururawat pergigian U32
                                  Merangkap pengawas punch card kami di pejabat.
                                              Update punch card tu cepat-cepat tau!

Menteri Kewangan 1 kami (W17)..Cik Azmah Abdullah...
Single but not sure available or not available?
Nak gaji cepat pandai2 lah bodek Mak Jemah nih....

Cik Dalila Saidah, merangkap Menteri Kewangan 2 (W17)..

Cool and serius orangnya..
Status yang juga menjadi tanda tanya...Ehem ehem...

Ini bukan pelakon Tiq Zakiah tau..
Ini Cik Farah Nadia Muhamad Muzakir.
Merangkap PT N17
Olahragawati PKPDHL 

Penjaga Stor Alat Tulis dan Penyelaras HRMIS kami...
Azizan Mah Hassan...PT N17
Sebut betul-betul.. Jijan bukan Zizang tau..

PPK kami, En Muhamad Zarul Firdaus ...
Jeng Jeng Jeng....
                           Pencinta sisa klinikal, pencinta ikan dan pencinta wanita....


Pilot R3 yang membawa Airbus PKPDHL
Encik Hashim Hassan
Sokmo bereh je........Ok Roger..


* Seorang lagi PT N 17 kami Puan Aieshah yang tiada di sini sedang cuti bersalin...

Klinik-klinik Pergigian di Daerah Hulu Langat

Nak bercerita pasal klinik-klinik di Hulu Langat..Nak panggil nama seorang seorang sampai esok pun tak habis...Kami ada 10 beradik kesemuanya..

Tak hairanlah kalau ramai yang menggelarkan kami " Big Spender". Sebab ada 1 mak dan 10 anak. Saya maksudkan 10 beradik tu adalah 10 klinik..Satu cabaran bagi kami dari segi pengurusan pentadbiran kerana lokasi klinik-klinik kami daripada Bandar Seri Putra yang bersempadan dengan Nilai, Negeri Sembilan sehinggalah sejauh Ampang yang bersempadan dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Ni ha semua adik beradik kami.....

1.  Klinik Pergigian Bandar Baru Bangi

2.  Klinik Pergigian Kajang
3.  Klinik Pergigian Ampang
4.  Klinik Pergigian Batu 9
5.  Klinik Pergigian Batu 14
6.  Klinik Pergigian Beranang
7.  Klinik Pergigian Semenyih
8.  Klinik Pergigian Pandan Dalam
9.  Klinik Pergigian Bandar Seri Putra
10.Klinik Pergigian Sg Chua



Memperkenalkan 10  Jelitawan dan Power lady yang 
menjaga  klinik-klinik di daerah kami...

PPYM KP Beranang @ Kakak Kawasan Beranang, 
Dr Siti Nur Baiduri Mohd Jaini..
(Ops...ni bukan iklan barbican ye)...

Sweet tak? Ha, ni dia PPYM KP Batu 14,
Dr Amar Amirah Radzi..
Maaf...dah berpunya dan dah jadi mama ye...
Part time blogger tau!



Dr Hendon Ismail, PPYM KP Bandar Baru Bangi 
merangkap Penyelaras Aduan..
Mama...We gonna miss you later...


Dr Susan Mohamad, PPYM KP Bandar Seri Putra 
merangkap Wakil Pengurusan Daerah..
Jom sabah bah....(Iklan jap)

Jelitawan yang menjaga Klinik Pergigian Pandan...
Dr Ros Suriani Kamaruddin. Digelar RS

Mama yang menjaga Klinik Pergigian Kajang..
Dr Lily Laura Azmi......
Semakin ayu selepas kembali dari cuti bersalin...


Cool Mummy , PPYM KP Sg Chua
Dr Siti Munirah Husin @ SM
Orang kuat JKKP



Dr Nurul Izzah Adnan
PPYM KP Batu 9
Merangkap penyelaras Program Oral Kanser

Penyelamat kami di saat-saat nasihat dan rawatan kepakaran diperlukan;

Pakar Perunding Gred Khas Jusa C Ortodontik, 
Dr Roslan Sulaiman... Nak senyuman menggoda
 jumpalah dan tanyalah  pakar kami..

Pakar Perunding Restoratif, Dr Saripah Saud..
Nampak je serius...Tapi sangatlah sporting...

Diperkenalkan keluarga besar kami...Our Big Family...Bukan AEON Big...

Warga Sihat dan Senyum KP Bandar Baru Bangi

Warga Sihat dan Senyum KP Batu 9


Warga Sihat dan Senyum Unit Restoratif

Warga Sihat dan Senyum KP Bandar Seri Putra

Warga Sihat dan Senyum KP Batu 14

Warga Sihat dan Senyum Unit Ortodontik

Warga Sihat dan Senyum KP Pandan


Warga Sihat dan Senyum KP Kajang

Warga Sihat dan Senyum KP Semenyih

* Masih menunggu gambar dari warga KP Ampang dan  Sungai Chua..




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gambar-gambar PPD, Pakar, PPYM dan staff pejabat

Dari "FYDO", "BUDDY" dan sekarang "NDO".......