Untukku dan untukmu jua....Bekalan kita ke SANA....




Salam Jumaat...Hari yang penuh Barokah...Penghulu segala hari....
Dalam kesibukan kita menjalankan tugas seharian sebagai pekerja....
Sedikit coretan dipetik dan diringkaskan daripada blog shafiqolbu.wordpress.
Keutamaan hari Jumaat......
Setiap hari dalam islam mempunyai kelebihan masing-masing. Di antara 7 hari yang ada dalam seminggu itu juga, kaum Yahudi berbangga dengan hari Sabtunya, dan penganut Kristian pula meraikan hari Ahadnya. Maka umat islam sudah tentu memiliki hari kebesarannya tersendiri dan amat menghargai dengan kemuliaan hari Jumaat sebagai Penghulu Segala Hari.

Sebagaimana Allah SWT telah menjadikan Kota Makkah dan Madinah sebagai Kota Suci; menjadikan Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa sebagai masjid paling utama; menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan yang paling mulia di antara bulan-bulan lainnya, menjadikan malam Lailatul Qadar sebagai malam seribu bulan; menjadikan sepertiga malam sebagai waktu paling berkesan untuk mendekatkan diri kepada  Maha Khaliq; begitu juga hari Jumaat, Allah SWT telah menjadikan Hari Jumaat sebagai
 'Sayyidul Ayyam' atau Penghulu Segala Hari.

Rasulullah bersabda: "Hari yang paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari itu pula Adam AS dimasukkan ke syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada waktu itu juga terdapat suatu waktu di mana semua  mukmin solat mengadap  Allah mengharapkan kebaikan dan mengharapkan Penciptanya mengabulkan permintaannya"(HR Muslim).

Terdapat 15 kelebihan hari Jumaat iaitu;


1.Hari paling mulia dibuktikan dengan beberapa peristiwa yang berlaku pada hari Jumaat iaitu penciptaan nabi Adam A.S, kemasukan Nabi Adam AS ke syurga, turunnya Nabi Adam dari syurga ke muka bumi, hari Allah mewafatkan Nabi Adam AS dan hari berlakunya kiamat.


2.Hari bagi kaum muslimin kerana pada hari Jumaat umat Muhammad akan berkumpul dalam masjid-masjid mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan khutbah jumaat yang mengandungi nasihat, doa serta wasiat untuk terus bertaqwa.


3.Penghulu Segala Hari kerana islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari lain.


4.Hari kebesaran Mingguan. Dalam 7 hari yang ada, hari Jumaat adalah Hari Besar yang berulang setiap minggu.


5.Hari perhimpunan bagi Solat Jumaat. Solat Jumaat yang difardukan ke atas umat islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran daripada setiap amal yang dilakukan.


6.Hari ramai malaikat turun ke bumi. Pada hari Jumaat Allah mengutuskan para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, berdiri menunggu di  pintu-pintu masjid bagi mencatat nama mereka yang hadir ke masjid mendirikan solat Jumaat.


7.Hari mustajab doa. Waktu yang mustajab untuk berdoa terutamanya waktu di antara imam duduk di atas mimbar sehingga selesai solat Jumaat dan pada akhir waktu asar.


8. Hari lebih utama bersedekah.Sedekah hari itu lebih utama  dengan sedekah pada enam hari lain seumpama sedekah pada bulan ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.


9. Hari meraih pahala.Orang yang hadir dan menunaikan kewajipannya untuk solat jumaat mendapat pahala untuk setiap langkahnya ke masjid.


10.Hari Hidayah daripada Allah. Hari  Jumaat merupakan keistimewaan allah SWT kepada umat islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.


11.Hari dihapuskan dosa. Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Solat lima waktu sehari semalam dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus dosa selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar.


12.Meninggal pada hari Jumaat sebagai tanda "Husnul Khatimah". Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda Husnul Kahtimah iaitu dibebaskan daripada fitnah dan azab kubur.


13.Hari berlakunya kiamat. Jumaat adalah hari yangselalu dikaitkan dengan "Qiamat" @ Hari pembalasan.


14.Hari terselamat dari seksa kubur. Orang yang meninggal hari Jumaat, Insyaallah akan selamat dari fitnah dan siksa kubur.


15.Hari dapat melihat Allah di syurga. Hari tatkala Allah SWT menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di Syurga kelak.


Jom sama-sama kita rebut dan hayati kelebihan Hari Jumaat, "Saiyyidul Ayyam"

Berikut antara amalan-amalan sunat yang boleh dipraktikkan bersama.





Wallahu A'lam Bish Shawab
(Hanya Allah maha mengetahui apa yang benar)

Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar PPD, Pakar, PPYM dan staff pejabat

Bila pengarang ketandusan idea.....Sunyi tanpa coretan dan madah....

"My Big Family"