Testing..Testing...Sound check.....1,2,3 ...Action!

Aspirasi Unit Promosi 2015 PKPDHL adalah untuk menubuhkan pasukan boneka yang mantap yang mampu menjadi Aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian yang dapat memberi mesej kesihatan pergigian sekaligus menarik minat kumpulan sasaran terutamaya toddler/ pelajar tadika. 

Untuk misi kali  ini Dr Aira Syazleen Binti Ahmad telah diberi mandat oleh Pegawai Pergigian Daerah Hulu Langat untuk mengepalai misi ini memandangkan Penyelaras Promosi Daerah sedang cuti bersalin.


Pertandingan Skrip Boneka telah dijalankan pada 20 Mac sehingga 17 April 2015. Mendapat sambutan hangat di kalangan semua kategori jawatan dan sebanyak 11 penyertaan telah diterima. 3 orang juri telah dipilih iaitu Dr Rosmaria Deraman, Dr Munirah Paiizi dan Dr Nurul Izzah Shamsuddin dan pemarkahan diadili daripada 3 kategori iaitu gaya bahasa, isi dan tema cerita. 

Penulisan skrip daripada Klinik Pergigian Batu 9 telah dipilih sebagai pemenang dengan tajuk cerita " Pengembaraan Elisa dan Hannah". 
Manakala cerita ke 2 terbaik dimenangi oleh penulis daripada Klinik Pergigian Bandar Seri Putra dengan tajuk cerita " Miki Yang Sombong". 
Tahniah kepada semua pasukan yang telah menyertai pertandingan ini dan pada yang menang itu adalah satu bonus kepada penyertaan anda.

Ujibakat untuk memilih suara dalam watak boneka pula telah berjalan dengan lancar pada 15 Mei  di Bilik Mesyuarat PKPDHL melibatkan 15 orang peserta. Seramai 6 watak suara emas telah dipilih iaitu JP Juliana, JP Nur Hafizam, JP Iryani, 

JP Siti Ruhayu, JP Nasliza dan PPP Siti Lianah. 
Manakala jurinya pula adalah Dr Munirah Paiizi, Matron Zainab dan Sister Jayanthi. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah merealisasikan uji bakat ini.

Jadi langkah seterusnya..... Masuk studio untuk untuk rakaman suara dan persediaan bahan serta pentas untuk pertunjukan boneka.

Semoga semua urusan dipermudahkan..
Selamat maju jaya Dr Aira dan Team....

Juri pertandingan. Ala-ala Akademi Fantasia  gitu.. Siap ada kad merah dan kad hijau tu..


Ehem..Ehem...Testing...Testing...Alamak, macam mana suara raksaksa nie...



Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar PPD, Pakar, PPYM dan staff pejabat

"My Big Family"

Dari "FYDO", "BUDDY" dan sekarang "NDO".......