Kursus oh Kursus !

Telah mejadi KPI YB MK iaitu semua penjawat awam wajib mendapat 7 hari latihan setahun. Satu cabaran bagi saya penyelaras latihan. Seperti tahun-tahun lepas kami hanya mampu mencapai sekitar 85% sahaja daripada latihan keseluruhan penjawat. Maka pelaksanaan kursus-kursus perlu dipertingkatkan samada anjuran daerah, zon atau kolaborasi dengan agensi lain. Seawal bulan Januari lagi kami AJK latihan telah bermesyuarat  dan merancang strategi  untuk melangkapkan penjawat dengan 7 hari latihan...
Yang lainnya tahun ini kami telah pecahkan 10 klinik di daerah kepada 4 zon iaitu Zon Bangi, Zon Kajang, Zon Hulu Langat dan Zon Ampang. Selain kursus wajib yang perlu dijalankan di peringkat daerah kami juga cadangkan kursus dan latihan peringkat zon. Selain itu kami galakkan penjawat untuk turut memohon kursus anjuran agensi luar untuk top up sehingga genap 7 hari latihan seperti kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti, INTAN, Institut Perakaunan, Kursus di talian (EPSA) dan anjuran agensi luar lain. 

Di antara kursus peringkat daerah yang telah berjaya dijalankan;

1.Bengkel Penyeragaman Projek Inovasi PKPDHL
30 April di Bilik Mesyuarat PKPDHL;
Tahniah kepada semua AJK Inovasi PKPDHL 2015.

Semoga idea2 kreatif dan inovasi anda semua akan  membantu perkhidmatan dan mengharumkan nama PKPDHL.



perbincangan antara ahli pasukan


Ahli Pasukan Inovasi PKPDHL 2015


2.Kalibrasi Karies dan GIS 2015


10 dan 11 Februari di Dewan SM Khir Johari;
Tahniah kepada Penyelaras Kalibrasi Karies (Dr Susan Mohamad ), Penyelaras Kalibrasi GIS (Dr Munirah Paiizi) , urusetia  serta peserta kursus yang telah berjaya dikalibrasi. Semoga anda semua dapat berkhidmat dengan lebih efisien dan cemerlang untuk meningkatkan tahap kesihatan pergigian warga penduduk Hulu Langat..

Peserta kalibrasi karies


Sesi kalibrasi


Lawatan Pegawai Pergigian Daerah


Peserta dan urusetia

Penghargaan kepada pihak sekolah 


3. Seminar Guru Tadika dan Perpaduan 2015


24 Februari di Dewan Cempaka Telur Menara  MPKJ;
Program anjuran Unit Promosi PKPDHL dengan Kolaborasi Tadika Perpaduan  Hulu Langat dan MPKJ. Melibatkan 32 orang guru-guru Tadika Perpaduan di sekitar Daerah Hulu Langat dan 2 orang guru tadika daripada MPKJ. Objektif seminar adalah untuk mewujudkan kesedaran guru tadika berkenaan kepentingan kesihatan pergigian dan peranan mereka dalam mempromosikan kesihatan pergigian kanak-kanak di bawah bimbingan dan didikan mereka.
Syabas, kepada penyelaras semua urusetia!!!

Penyelaras dan Urusetia

Perasmian dan Ucaptama oleh  Pegawai Pergigian Daerah


Cenderahati kepada Penceramah, Dr Hendon Ismail


Ceramah oleh Dr Aira Syazleen Ahmad


4.Kursus Pemantapan Kategori Sokongan (Gred 17 ke bawah) 2015


18 Mac di Bilik Mesyuarat PKPDHL;
Seramai 41 orang penjawat PKPDHL dari semua kategori (Gred 17 Ke bawah) telah hadir kursus ini dengan jayanya. Pengisian berbentuk Soft Skill, ISO Awareness, Occupational, Safety & Health Awareness, Etika & Protokol, Disiplin Penjawat Awam dan kerohanian telah diberikan kepada semua penjawat. Semoga semua penjawat PKPDHL (kategori sokongan) dapat meningkatkan kecemerlangan dari aspek ilmuan, peribadi dan rohani....

Sesi suai-kenal


Ceramah Soft Skill


Penceramah ISO Awareness


Penceramah Protokol dan Etiket


Latihan Dalam Kumpulan


Penceramah OSH Awareness


Penceramah kerohanian


5. Kursus Perakaunan Terimaan dan Hasil Kerajaan


Kumpulan 1 : 10- 12 Mac 2015 di Institut Latihan Perakaunan, Sabak Bernam

Kumpulan 2 : 7- 9 April 2015 di Institut Latihan Perakaunan, Sabak Bernam

Seramai 13 peserta terdiri daripada Pembantu Tadbir W17, N17 dan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17 yang bertugas di kaunter telah hadir dengan jayanya. Kolaborasi dengan Institut Latihan Perakaunan, Sabak Bernam.

Peserta kumpulan 1


Peserta kumpulan 2

6. Kursus Asas IT  2015


30 April 2015 di Makmal 1 dan 2 Komputer di Kolej Komuniti Hulu Langat;
2 kursus telah dijalankan serentak iaitu Kursus Asas Mikrosoft Power Point dan Kursus Asas Blog. Seramai 30 orang peserta daripada semua kategori jawatan telah hadir kursus dengan jayanya. Terima kasih kepada Kolej Komuniti dan tenaga pengajar di atas kolaborasi untuk menjayakan kursus IT ini.

Antara peserta Kursus Asas Blog


Kursus Asas Blog




Khusyuk...berblog...


Penceramah Kursus Asas Mikrosoft Power Point


Peserta Kursus Asas Mikrosoft Power Point


Penceramah Kursus Asas Blog


Peserta Kursus Asas Blog





Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar PPD, Pakar, PPYM dan staff pejabat

"My Big Family"

Dari "FYDO", "BUDDY" dan sekarang "NDO".......