Jom deko-deko

Tempat jatuh lagikan dikenang..Inikan pula tempat kita mencari rezeki.. Klinik Pergigian adalah rumah ke 2 bagi kami penjawat PKPDHL. Selain ia perlu sedap mata pesakit-pesakit yang datang memandang, bagi kita selaku  penghuni yang berada 8 jam di klinik ia juga perlu selesa dan boleh mewujudkan aura  kerja yang  ceria. 

Inilah diperkenalkan adik bongsu kami, Klinik Pergigian Sungai Chua dan Unit Pakar Ortodontik. Dibuka dan mula beroperasi kepada pelanggan bermula  Januari  2012. Mempunyai hampir   22  penjawat yang terdiri daripada Pakar Perunding Ortodontik, Pegawai Pergigian, Jururawat Pergigian, Juruteknologi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu.

Jom kita tengok hasil tangan warga klinik sendiri  mendeko ruang  klinik dan mengecat dinding klinik sepanjang hari minggu yang lepas 16.5.2015..

Syabas atas  usaha keras semua warga KP Sg Chua dan Unit Pakar Ortodontik...
dan terima kasih kerana anda  sanggup korbankan cuti hari minggu anda demi perkhidmatan...


Bakat terpendam...Painting

Aku pun boleh....E..Eleh..Senang je...

Sentuhan kreatif sudut toddler

Lab Corner


Hasil akhir....





Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar PPD, Pakar, PPYM dan staff pejabat

"My Big Family"

Dari "FYDO", "BUDDY" dan sekarang "NDO".......