Posts

Showing posts from May, 2016

Bertemu dan berpisah................

Image
Adat dalam kehidupan ..Setiap bertemuan pasti ada berpisahan. Samada perpisahan sementara di bumi yang nyata atau perpisahan buat selama-lamanya di alam SANA..... PKPDHL juga tidak terkecuali dari aspek pergerakan keluar masuk penjawat yang agak pantas memandangkan kami seramai 210 penjawat. Ada di kalangan penjawat PKPDHL yang bersara, menamatkan perkhidmatan kerajaan, berpindah keluar dan ada juga yang telah diarahkan bertukar kerana kenaikan pangkat. Berikut adalah senarai pergerakan masuk dan keluar penjawat PKPDHL sehingga Jun 2016. Penjawat yang bersara tahun 2016 ; 1. Dr Hendon Bt Ismail yang merupakan mantan Pegawai Pergigian Y/M KP Bandar Baru Bangi telah bersara wajib pada usis 58 tahun pada Mac  2016 2. Puan Rosliah Bt Rosly merupakan mantan Juruteknologi Pergigian U32(KUP) telah bersara wajib pada usia 58 tahun pada Februari 2016 3. Puan Khodri Bt Lebai Man mantan Pembantu Perawatan Kesihatan U14  telah bersara pilihan di usia 55 tahun pada Mac 2016.

# Personakan Senyumanmu

Image
Dari Meja Unit Promosi (U-PRO) PKPDHL "Mencegah lebih baik daripada merawat". Pendekatan ini adalah pendekatan yang holistik bukan sahaja kepada kesihatan umum  tetapi kepada kesihatan pergigian juga. Justeru pada 2016 U-PRO PKPDHL telah merencanakan sebanyak mungkin program promosi bagi memanfaatkan dan memberi pengetahuan asas penjagaan kesihatan pergigian menggunakan pendekatan terkini yang lebih menarik dan kreatif. Berikut merupakan program-program yang telah dijalankan; 1. Program 3K Program ini telah berlangsung di Sekolah Menengah Dusun Nanding pada 11 Mei 2016, U-PRO PKPDHL telah dijemput untuk turut sama berkolaborasi dalam menjayakan program ini.

Penerima APC 2015

Image
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 Seramai 14 orang penjawat PKPDHL telah dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2015. Majlis telah berlangsung pada 11 Mei 2016 di Dewan Muktamar Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Kubu Baru. Tahniah kepada semua dan kekalkan prestasi anda.....

Promo Laman Sosial PKPDHL

PKPDHL.....Facebook ada, Laman Web ada dan Blog pun ada... Untuk makluman semua Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat telah mempunyai 3 saluran laman sosial iaitu; 1. Laman Web Rasmi        : pkpdhululangat.moh.gov.my 2. Facebook                       : Pergigian Hulu Langat 3. Blog                               : pkpdhululangat.blogspot.my Mohon layari/ Like/Share /Komen # Personakan senyumanmu................... 

Sementara mood pengarang masih ada...Lagi aktiviti PKPDHL....

Image
Tambahkan kompetensi tingkatkan prestasi.... Pelbagai kursus/program anjuran telah dilaksanakan sebagaimana termaktub dalam Pelan Tindakan PKPDHL 2016. Diantaranya ialah; 1. Kalibrasi Karies, GIS dan Karnival Kesihatan Pergigian Bertempat di SM Bandar Tasik Kesuma pada 23 Mac 2016. 3 program dijalankan secara serentak iaitu Kalibrasi Karies, Kalibrasi GIS dan Karnival Kesihatan Pergigian. Ia bukan sahaja memanfaatkan pelajar-pelajar sekolah tetapi sebagai mencari kata sepakat di kalangan operator serta  keseragaman dalam mendiagnosa karies dan masalah gingivitis. 2. Kursus Pemantapan Kes Rujukan Pakar Non Hospital Based Kursus melibatkan 3 bidang kepakaran iaitu Pakar Periodontik, Pakar Restoratif dan Pakar Ortodontik. Bertempat di Bilik Mesyuarat PKPDHL pada 7 April 2016 (Khamsi). Kursus ini telah dihadiri oleh Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian.  3. Kalibrasi RDITN PKPDHL Kolabo

Majulah Kelab untuk PKPDHL!!!!!!

Image
2016 : Kebajikan dan Sukan PKPDHL semakin menyengat!!!!!! Pembuka tirai kepada aktiviti Kelab Kebajikan dan Sukan PKPDHL bagi tahun 2016 ialah Pertandingan Bowling. Telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Januari 2016 (Sabtu) di Metro Point Kajang. Seterusnya, Pertandingan Badminton yang telah berlangsung pada 16 April bertempat di Dewan Tun Razak, INFRA , Bangi. Syabas kepada penganjur dan tahniah kepada semua peserta dan pemenang. Sudah sihat....Masanya untuk cantik dan bergaya. Untuk kaum hawa kelab telah menganjurkan Kelas Solekan pada 23 April 2016 (sabtu)  bertempat di Bilik Mesyuarat PKPDHL Jadi untuk semua penjawat PKPDHL,  apa yang ditunggu lagi? Bagi yang belum mendaftar sebagai ahli, jom pakat ramai-ramai jadi ahli dan sertai banyak lagi aktivi menarik yang bakal dianjurkan....