Sementara mood pengarang masih ada...Lagi aktiviti PKPDHL....

Tambahkan kompetensi tingkatkan prestasi....

Pelbagai kursus/program anjuran telah dilaksanakan sebagaimana termaktub dalam Pelan Tindakan PKPDHL 2016. Diantaranya ialah;

1. Kalibrasi Karies, GIS dan Karnival Kesihatan Pergigian

Bertempat di SM Bandar Tasik Kesuma pada 23 Mac 2016.
3 program dijalankan secara serentak iaitu Kalibrasi Karies, Kalibrasi GIS dan Karnival Kesihatan Pergigian. Ia bukan sahaja memanfaatkan pelajar-pelajar sekolah tetapi sebagai mencari kata sepakat di kalangan operator serta  keseragaman dalam mendiagnosa karies dan masalah gingivitis.










2. Kursus Pemantapan Kes Rujukan Pakar Non Hospital Based

Kursus melibatkan 3 bidang kepakaran iaitu Pakar Periodontik, Pakar Restoratif dan Pakar Ortodontik. Bertempat di Bilik Mesyuarat PKPDHL pada 7 April 2016 (Khamsi). Kursus ini telah dihadiri oleh Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian. 















3. Kalibrasi RDITN PKPDHL

Kolaborasi bersama Unit Pakar Restoratif Hulu Langat, Gombak dan Kelang.
Berlangsung pada 12 dan 13 April 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Klinik Pergigian Bandar Seri Putra. Kursus ini dihadiri oleh Pegawai Pergigian daripada Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Hospital Serdang.






















Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar PPD, Pakar, PPYM dan staff pejabat

"My Big Family"

Dari "FYDO", "BUDDY" dan sekarang "NDO".......