Posts

Showing posts from 2017

Kursus dan "Hands On" Endodontic dan Fixed Prostodontic

Image
Bertempat di Klinik Pergigian Bandar Seri Putra (KPBSP) bertarikh 13 dan 14 Mac 2017. Kursus dianjurkan oleh Unit Restoratif KP BSP dan Unit Latihan PKPDHL. Peserta-peserta terdiri daripada Pegawai Pergigian di PKPDHL. Semoga ilmu yang diterima dapat dipraktikkan dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kelak. Penceramah dan urusetia kursus Pegawai khusyuk mendengar ceramah Sesi praktikal

Perhimpunan Tahunan 2017

Image
Bertempat di Auditorium Hospital Serdang pada 4 Mac 2017 (Sabtu) Perhimpunan Tahunan yang diadakan ini bersekali dengan Mesyuarat Agong Kelab Kebajikan dan Sukan PKPDHL pada sebelah tengahari dan Slot Motivasi pada sesi petang. Pada akhir sesi diadakan Majlis Penyampaian Hadiah untuk Pertandingan Video Budaya Korporat Terbaik, Ikon Budaya Korporat dan Klinik Cemerlang (Menjawab panggilan telefon). Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan cuba lagi kepada yang lain-lain. Kepada AJK Perhimpunan Tahunan 2017  ini yang terdiri daripada AJK Kelab Kebajikan dan Sukan, AJK Budaya Korporat dan staf pejabat, terima kasih diucapkan diatas pelaksanaan program tersebut. AJK Teknikal semasa sesi raptai Test suara MC... Pembaca doa AJK yang terlibat semasa raptai Nyanian lagu Negaraku Mengetuai Ikrar Budaya Korporat Orang kuat teknikal Pembentangan Hala Tuju Promosi 2017 Ucaptama PPD Pembentangan Pencapaian Program 2016

Kalibrasi GIS dan Karies

Image
Bertempat di Surau SMK Jalan 2 Bandar Baru Bangi pada 7 dan 8 Mac 2017. Program kalibrasi merupakan program wajib saban tahun bagi penjawat baru dan lantikan baru terutamanya Pegawai Pergigian dan Juruterapi Pergigian. Syabas diucapkan kepada Penyelaras iaitu Dr Munirah Paiizi dan Dr Siti Nur Baiduri Bt Mohd Jaini serta urusetia program kalibrasi 2017. Tidak dilupakan kepada adik-adik pelajar  dan pihak Sekolah SMK Jalan 2 Bandar Baru Bangi di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang program berjalan. Adik-adik pelajar SMK Jalan 2 yang sangat bekerjasama. Sesi kalibrasi bermula bagi kumpulan 1 Stesyen seterusnya.... Tengok betul-betul.... Berehat seketika sambil bergambar Penyelaras Karies dan GIS Sesi bergambar bagi kumpulan 1 kalibrasi 2017 Salam Budaya Korporat sikit..... Alamak, banyak nye yang salah........ Mandat dari PPD untuk menyuntik semangat peserta Sesi bergambar peserta kalibrasi kumpulan 2

Selamat Datang Adik-adik Tahun Akhir MMMC

Image
Bersempena dengan Petempatan Komuniti Pelajar Tahun 5 Fakulti Pergigian daripada Melaka Manipal Medical Collage seramai 15 orang pelajar telah ditempatkan di Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Langat. Diantara program yang telah diatur adalah lawatan ke Klinik Pergigian Bangi, Unit Pakar Ortodontik, Unit Pakar Restoratif, Unit Pakar Periodontik, Klinik Pergigian Statik dan Pasukan Pergigian Bergerak Sekolah Rendah serta Menengah. Adik-adik MMMC juga dibawa ke Hospital Kajang untuk melawat fasiliti Klinik Pakar Bedah Mulut, Klinik Pakar Keperluan Khas dan Klinik Pergigian Pakar Kanak-kanak. Mereka juga dibawa bersama untuk melawat Loji Sg Semenyih. Selamat maju jaya diucapkan kepada adik-adik MMMC. Di KP Bangi  Taklimat Program Pergigian Primer oleh PPYM KP Bangi Taklimat daripada Unit Ortodontik  Taklimat daripada Unit Restoratif Di Klinik Pergigian Bandar Seri Putra Bergambar bersama Pakar Restoratif dan PPYM KP Bandar Seri Putra