Bila pengarang ketandusan idea.....Sunyi tanpa coretan dan madah....

Coretan bagi suku tahun pertama 2016.

Buat semua pembaca blog dan penjawat PKPDHL saya ingi merakamkan setinggi kemaafan kerana rasanya sudah lama tidak berkongsi aktiviti-aktiviti, cerita  dan coretan perjalanan PKPDHL. Daripada Januari sehingga Mei satu tempoh yang agak panjang untuk mencari ilham..


Sebagaimana biasa PKPDHL telah memulakan daripada awal tahun lagi aktiviti-aktiviti rutin seperti pelaksanaan kursus, aktiviti promosi , aktiviti Kelab Kebajikan dan Sukan dan program-program lain.

Jom kita kongsikan bersama aktiviti yang telah berlangsung sepanjang suku tahun pertama 2016.

1. Pertandingan Keceriaan Klinik Perggian Statik di Sekolah dan 27 dan 28 Januari 2016

Pertandingan Keceriaan Klinik Statik PKPDHL melibatkan  7 buah klinik.
Barisan  pengadil yang mengadili pertandingan ini terdiri daripada Dr Patimah Bt Abd Rahim     (PPD PKPD  Sepang), Dr   Susan Bt Mohammad (PPYM KP Bandar Seri Putra ) dan Puan Rajini
A/P Mahalingam (JP U38 BKPS JKNS). Pelbagai aspek telah diadili merangkumi aspek keselamatan pekerjaan , aspek kawalan jangkitan silang, aspek pencapaian prestasi kesihatan  dan aspek keceriaan dalaman. Pemenang pertandingan ini akan diumumkan semasa Perhimpunan Tahunan yang dijangkakan pada bulan Mac.





















2. Mesyuarat AJK Budaya Korporat PKPDHL Bil 1/2016 pada 22 Februari 2016

Merealisasikan hasrat pihak atasan untuk mewujudkan budaya kerja yang sihat, PKPDHL telah membuat lantikan baru untuk AJK Budaya Korporat pada 2016.
Tahniah dan selamat membudayakan Budaya Korporat KKM kepada semua AJK yang telah dilantik. Semoga anda semua akan menjadi ikon kepada semua penjawat PKPDHL yang lain.





3. Kursus Pengurusan Majlis Rasmi Secara Islami Anjuran ILIM, Bangi.

Tanggal 23 hingga 25 Februari 2016 seramai  3 orang pegawai pergigian daripada PKPDHL telah diberi peluang untuk menghadiri Kursus menjadi MC yang dianjurkan oleh ILIM, Bangi. Semoga ilmu yang dituntut dapat diaplikasikan dan dikongsikan bersama dalam mengendalikan majlis rasmi pada hari mendatang.

Menuntut ilmu janganlah malu,
Usahalah keluar mencari guru.

Terima kasih ILIM berkongsi ilmu,
Ajaran diberi tanpa jemu....





4. Perhimpunan Tahunan dan Majlis Jasamu Dikenang PKPDHL 2016

Sebagai wadah bagi PPD Hulu Langat menyampaikan inspirasi dan halatuju perkhidmatan, satu majlis perhimpunan diadakan untuk semua penjawat PKPDHL bertarikh 5 Mac 2016 (Sabtu) bertempat di Dewan Tun Razak, INFRA, Bangi. Selain itu majlis turut diselitkan  dengan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Klinik Pergigian Sekolah Statik,Anugerah Tokoh PKPDHL dan Slot Motivasi bertajuk "Menangani Konflik di Tempat Kerja" oleh Pegawai Psikologi dan Kaunseling daripada Hospital Serdang iaitu En Afandy Bin Sutrisno Tanjung.
Pada sebelah petang pula majlis diteruskan dengan majlis bagi meraikan pesara dan bakal pesara PKPDHL 2016 iaitu Dr Hendon Bt Ismail, Puan Rosliah Bt Rosly dan Puan Khodri Bt Lebai Man.
Tokoh Pekerja Kecemerlang 2015 telah dianugerahkan kepada Dr Hendon Bt Ismail.
Pemenang bagi Pertandingan Keceriaan Klinik Sekolah Statik telah dimenangi oleh SK Bangi.
Tahniah dan syabas diucapkan...
























UNTUK PESARA/ BAKAL PESARA YANG DIRAI..

Kasih disemai bakti dituai,
Senyuman tersirat manis di bibir,
Manjadi ingatan setiap waktu,
Tanda kemesraan bersimpul padu,
KenangKU  di dalam doa MU
Semoga TUHAN berkatiMU…... 

SALAM PERPISAHAN BUAT KALIAN….  






























































Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar PPD, Pakar, PPYM dan staff pejabat

"My Big Family"

Dari "FYDO", "BUDDY" dan sekarang "NDO".......