Kursus Oh Kursus (Part 2)

Kursus Pemantapan Pemandu Kenderaan Bermotor 2015 Anjuran PKPDHL

2 Jun 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat PKPDHL

Di antara pengisian kursus adalah Kemaskini Rekod Kenderaan (Ceramah disampaikan  oleh Puan Zainab Bt Mohd Din), Pemanduan Berhemah dan Peraturan Lalulintas (Ceramah disampaiakan oleh KPP Ikhwan Mukmin Bin Idris, JPJ) dan Bengkel Kenali Kenderaan Anda dan Tatacara Penyelenggaraan Semasa Kemalangan (Amali oleh mekanik dari Free will Auto Sdn. Bhd.).
Bersempena dengan kursus itu juga diadakan Majlis Perpisahan bagi 6 pemandu di PKPDHL akan bertukar keluar berkuat kuasa 16 Jun 2015.






















**************************************************************************
Seminar Pemantapan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian (PKP) 
bagi Jururawat Pergigian  Anjuran PKPDHL

4 Jun 2015 bersempena dengan cuti sekolah satu seminar diadakan bertujuan untuk memantapkan lagi aktiviti PKP terutamanya di kalangan kumpulan sasaran pelajar sekolah rendah. 6 kumpulan telah berjaya membuat pembentangan aktiviti dalam bentuk persembahan Power Point, multimedia dan pentomin. Mereka juga  telah diadili dan telah diberi penganugerahan oleh PKPDHL. Pegawai Pergigian Daerah juga mengambil peluang yang ada dengan mengadakan sambutan Hari Jururawat untuk Jururawat PKPDHL. Semoga ianya dapat menyutik semangat jururawat dalam terus menabur jasa dan bakti.




































*************************************************************************************************
KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) 2015 

16 Jun 2015, bertempat di Bilik Mesyuarat PKPDHL

Kursus JKKP ini telah dihadiri oleh semua AJK Jawatankuasa KKP 2015 dan semua Juru Teknologi Pergigian di daerah. Diantara pengisian kursus adalah Pengenalan kepada JKKP PKPDHL, An Updates For Amalgam and Safety, Radiatioan Safety, Safety In Dental Lab, Tayangan Video, An Updates In Infection Control dan Maintaining Quality Of Dental Unit Water System. Semoga semua mendapat manfaat dan dapat membudayakan cara kerja yang sihat dan selamat di tempat kerja masing-masing.











Comments

Popular posts from this blog

Gambar-gambar PPD, Pakar, PPYM dan staff pejabat

"My Big Family"

Dari "FYDO", "BUDDY" dan sekarang "NDO".......